TENTANG KAMI

IRIL RESOURCES merupakan syarikat bumiputera yang telah didaftarkan pada 28 Julai 2011 dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui nombor pendaftaran SA 0196247. Kami merupakan syarikat milikan tunggal dengan aktiviti perniagaan utama adalah menjual , membekal dan memasang peralatan atau aksesori komputer termasuk membuat kerja-kerja rangkaian ‘ Network’. Selain itu pihak kami turut menjalankan aktiviti perniagaan lain seperti pembekalan, pemasangan dan membaikpulih peralatan pejabat, alatan elektrik, alat tulis, peralatan sukan, cenderamata dan juga pakaian serta membuat tempahan percetakan.

Beribu pejabat di Suite B-16-1, Bangi Gateway Shopping Complex, Persiaran Pekeliling, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Syarikat telah memulakan operasi dan menjalankan perniagaan melibatkan pembekalan kepada jabatan kerajaan dan juga swasta. Menyedari potensi dan keperluan terhadap bidang teknologi maklumat yang semakin meningkat dan mempunyai peluang pasaran yang sangat baik untuk masa hadapan, pihak kami telah berusaha membuat bekalan ke beberapa jabatan di luar di samping jualan terus kepada pembeli. Syarikat juga akan terus melebarkan sayap dengan menjadi pembekal peralatan dan keperluan pejabat terutama berkaitan teknologi maklumat.

Dalam usaha untuk mengembangkan lagi syarikat serta ingin mencapai sebagai sebuah syarikat yang berkembang maju, pihak syarikat meluaskan lagi perkhidmatan dan produk termasuk membuka perkhidmatan penggunaan internet, pencetakan dan perkhidmatan faks. Pihak kami juga merancang untuk menubuhkan lagi beberapa cawangan yang lain sekaligus dapat menjual lebih banyak lagi produk dan memberikan lebih banyak lagi perkhidmatan kepada pelanggan kami.

OBJEKTIF PERNIAGAAN

Memimpin, mengawasi, membantu dan mencari peluang-peluang perniagaan baru dan pasaran baru untuk mengukuhkan lagi kemampuan syarikat.

VISI

Mengungguli industri-industri yang diceburi, mewujudkan sebuah Kumpulan Syarikat milik Bumiputera yang benar-benar berdaya saing dan menempatkan Kumpulan Syarikat di papan Bursa Malaysia.

MISI

IRIL RESOURCES akan terus menerokai, memantau dan memastikan pergerakan syarikat lebih terarah, bermatlamat dan bijak melabur di samping menitikberatkan tatakerja, kualiti, bekerjasama dan mengamalkan sistem pengurusan sistematik dan profesional .

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2014 IRIL RESOURCES

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggakan mesej anda disini..